Jika Anak Anda Mempunyai Tanda-tanda Sebegini, Hati-Hati Kerana Mungkin Dia Akan Membesar Menjadi Seorang Psychopath


Ramai ibu-bapa kadangkala tidak menyangka yang anak-anak mereka ada kecenderungan untuk membesar menjadi seorang yang mempunyai penyakit jiwa yang kronik atau ‘psychopath’. Oleh itu, ibu-bapa seharusnya senantiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka, terutamanya mengenai 7 sifat-sifat berikut yang diakui pakar-pakar psikologi sebagai tanda-tanda awal dalam kanak-kanak yang akan membesar dengan masalah penyakit psikologi yang kronik:

#1 Kejam terhadap Binatang
Jika kanak-kanak suka berlaku kejam atau menyiksa binatang, kemungkinan mereka cenderung untuk membesar sebagai seorang psychopath. Contohnya, sekiranya ibu-bapa kerap berpesan kepada mereka mengenai tindakan-tindakan yang boleh menyakitkan binatang tetapi sebaliknya itulah yang kemudiannya suka dilakukan oleh kanak-kanak tersebut, maka anggaplah ini sebagai tanda amaran yang kanak-kanak itu mungkin bermasalah.


#2 Kerap Memulakan Pembakaran
Adakah anak anda atau adik anda suka melakukan pembakaran terhadap apa saja yang mereka jumpa, atau terlalu asyik melihat sesuatu yang terbakar, ini juga adalah tanda-tanda awal bahawa kanak-kanak tersebut mungkin mempunyai masalah mental yang memerlukan pertolongan awal.


#3 Kencing Malam Semasa Tidur
Para pakar juga sering mengaitkan tabiat kencing malam dikalangan kanak-kanak dengan masalah mental atau isu kesihatan psikologi yang perlu tindakan rawatan awal. Jika anak anda mempunyai masalah ini, segeralah mendapatkan diagnosis awal yang mungkin dapat mencegah masalah jiwa yang lebih besar apabila kanak-kanak itu membesar. Tapi ingat, jangan sesekali dimarahi kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kerana dikhuatiri akan mengakibatkan trauma atau kesan psikologi yang lebih teruk.


#4 Suka Melanggar Peraturan
Ini juga tanda-tanda awal seorang psychopath semasa mereka masih kecil. Kebiasaannya kanak-kanak akan merasa bersalah terhadap perbuatan mereka yang melanggar peraturan. Namun, jika anda dapati mereka merasa sedikit teruja atau seronok dengan perbuatan seperti demikian, maka waspadalah kerana ini adalah sesuatu yang tidak normal.


#5 Suka Berbohong
Kanak-kanak selalunya berbohong sekiranya mereka ingin mengelak daripada dimarahi. Tetapi sekiranya mereka berbohong kerana merasa seronok atau bangga dengan pembohongan yang dilakukan, maka ini juga adalah tanda-tanda mereka kelak akan mempunyai masalah mental yang berpotensi menjadikan mereka seorang psychopath.


#6 Suka Membuli
Buli juga dikaitkan dengan masalah perkembangan psikologi kanak-kanak yang kurang sihat. Seringkali, pembulian berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah penderaan dan tekanan mental bermula di rumah dan biasanya kekal menjadi pembuli sehinggalah mereka dewasa. Tetapi, jika seorang kanak-kanak suka melakukan pembuliaan kerana mereka teruja dan seronok melihat mangsa yang dibuli berada dalam kesakitan atau tertekan, maka ini adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.


#7 Tidak Sensitif Emosi
Kanak-kanak yang berpotensi untuk menjadi psychopath juga kebiasaannya tidak mempunyai emosi yang sensitif terhadap ransangan persekitaran, seperti kurang merasa takut dan kurang tertekan sekiranya berdepan dengan situasi tegang. Mereka juga kebiasaannya tidak akan menunjukkan sifat belas kasihan dan perihatin terhadap makhluk tuhan yang lain.


Jika anda melihat tingkah laku anak-anak, adik, saudara-mara atau pelajar anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, maka jangan diabaikan dan mulakan langkah awal untuk membendung dari masalah psikologi ini dari menyebabkan mereka membesar menjadi seorang psychopath.

Post a Comment

0 Comments